Xiaomi Menyangkal Laporan Mereka Mengintip Aktiviti Web Dan Penggunaan Peranti Pelanggan

Xiaomi Menyangkal Laporan Mereka Mengintip Aktiviti Web Dan Penggunaan Peranti Pelanggan

Diterbitkan pada Mei 2, 2020 oleh .

Semalam Forbes mengeluarkan laporan yang mendakwa Xiaomi melakukan intipan aktiviti web dan penggunaan peranti pemilik pelanggan telefon pintar keluaran mereka. Di dalam laporan tersebut kesemua aktiviti web yang dilakukan menerusi Mi Browser termasuk yang dilayar menggunakan tab incognito didapati dilog oleh Xiaomi. Ia kemudian dihantar ke pelayar yang terletak di Rusia dan Singapura.

Xiaomi BrowserApabila Forbes menghubungi seorang penyelidik sekuriti siber, sistem pemantauan aktiviti ini ditemui pada ROM peranti seperti Xiaomi Note 8 dan Mi 10. Tambahan lagi sistem penyulitan base64 yang digunakan semasa penghantaran data juga didapati dengan mudah digodam bagi mendapatkan maklumat pengguna.

Xiaomi telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyangkal laporan Forbes pagi ini. Mereka berkata privasi dan keselamatan pengguna adalah diambil penting oleh syarikat. Tambah Xiaomi lagi syarikat mematuhi undang-undang tempatan dan garis panduan mengenai privasi data setiap pengguna.

Pada waktu yang sama Xioami mengaku mengumpul data statistik pengguna untuk tujuan analisis adalah kebiasaan bagi syarikat Internet bagi menambah baik pengalaman penggunaan produk syarikat. Dalam kes Xiaomi, kebenaran pengguna telahpun diterima terlebih dahulu sebelum data dikumpul. Kesemua data pengguna turut telah diawanamakan supaya identiti mereka tidak boleh diketahui.



TIPS & ULASAN