Valve Menamatkan Sokongan Steam VR Untuk MacOS

Valve Menamatkan Sokongan Steam VR Untuk MacOS

Diterbitkan pada Mei 2, 2020 oleh .

Steam VR merupakan platform realiti-maya yang ditawarkan oleh Steam dalam memudahkan pengguna menikmati permainan secara realiti-maya. Ia telah sedia ditawarkan untuk Windows dan Mac sejak beberapa tahun lepas.

Terbaru, pihak Valve mengumumkan mereka telah menamatkan sokongan untuk MacOS, dan akan lebih memfokuskan kepada platform Windows dan juga Linux.

Langkah ini sekaligus memperlihatkan hanya sejumlah kecil sahaja yang menggunakan platform Mac untuk menikmati kandungan permainan realiti-maya – yang mana lebih sedikit berbanding dengan Linux.

Pengumuman ini mungkin tidak memberikan impak kepada para pembangun permainan, tetapi lebih terkesan kepada pengguna MacOS yang ingin menikmati kandungan SteamVR berkenaan.



TIPS & ULASAN