Seperti yang telah dijangka pengeluaran telefon pintar global mengalami penyusutan disebabkan oleh wabak koronavirus sejak Februari. Menurut laporan terkini IDC, pengeluaran peranti pada suku pertama 2020 menyusut 11.7% berbanding suku yang sama tahun 2019. Samsung masih lagi di tangga teratas dengan 23% pasaran diikuti oleh Huawei (18.9%), Apple (11.8%), Xiaomi (8.9%) dan Vivo (7.4%).
Sungguhpun begitu Samsung, Huawei dan Apple ketiga-tiganya mengalami penyusutan pengeluaran dengan Samsung paling terjejas teruk 18.9%. Pasaran paling terjejas teruk ialah China (-20.3%) diikuti oleh Eropah Barat (-18.3%) dan Amerika Syarikat (-16.1%). Covid-19 benar-benar meninggalkan kesan negatif terhadap pengeluaran peranti. Ia bukalah berita yang baik bagi industri telefon pintar yang telahpun meramalkan penyusutan pengeluaran sejak tahun lalu kerana pengguna semakin kurang melakukan pembelian peranti baharu.