Cari @ Amanz

Spesifikasi Oppo A92 Tertiris Sepenuhnya Sebelum Dilancarkan

Link Copied!

Oppo A92 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 4 Mei 2020. Sudah menjadi lumrah semakin hampir kepada pelancaran semakin banyak maklumat tertiris awal. Kini spesifikasi lengkap Oppo A92 telah tertiris awal selepas peranti disenaraikan di laman Lazada Indonesia semalam.

Peranti dilengkapi skrin 6.5″ IPS LCD FHD+, dijana cip Snapdragon 665, memori s8GB, storan 128GB, kamera utama 48+8+2+2 Megapixel, kamera hadapan 16-Megapixel dan bateri sebesar 5000 mAh. Bateri menyokong pengecasan pantas 18W menerusi port USB-C.

Sistem kamera utama menggabungkan lensa sudut lebar, ultra sudut lebar, makro dan monokrom yang disusun dalam bentuk huruf L, Kamera hadapan pula diletakkan di dalam lubang skrin yang kecil.

Sebuah pengimbas cap jari diletakkan pada sisi kanan peranti merangkap butang kuasa. Ia turut boleh melakukan nyahkunci menerusi imbasan wajah. Bagi peminat audio, peranti masih dilengkapi bicu audio 3.5mm. Akhir sekali Oppo A92 menggunakan sistem operasi Android 10 dengan pelancar ColorOS 7.1. Di Indonesia Oppo A92 dijual pada harga 3,999,000 Rupiah (~RM 1107) sebuah dalam warna cerun shining white dan twilight black.


Komen ()