Razer Opus Diumumkan Dengan Pembatalan Hingar Dan THX

Razer Opus Diumumkan Dengan Pembatalan Hingar Dan THX

Diterbitkan pada Mei 3, 2020 oleh .

Aksesori penting sekarang bagi kebanyakan pengguna sekarang ialah fon kepala nirwayar dengan sistem pembatalan hingar aktif. Hampir kesemua jenama utama mempunyai aksesori audio dengan ANC kerana ia dijadikan standard oleh Bose. Terkini Razer Opus telah dilancarkan dan ia sebuah lagi fon telinga nirwayar bluetooth dengan sistem pembatalan hingar aktif dan juga sokongan audio THX,

Opus dilengkapi sepasang pemandu audio sebesar 40mm dengan kemasan plastik hitam pusam. Rekaan Opus berbeza sekali dengan fon kelapa Razer yang lain kerana tiada langsung logo dengan warna neon. Ia kelihatan lebih seperti sepasang fon kepala Sony dengan span telinga dan kepala dari bahan kulit palsu. Kesemua kawalan audio dilakukan menerusi butang-butang fizikal yang disertakan. Tiada langsung sistem kawalan secara sentuhan ataupun NFC di sini.

Tambatan audio bluetooth 4.2 digunakan dan juga sambungan kabel audio 3.5mm sekiranya diperlukan. Codec yang disokong pula adalah AAC dan aptX. Dengan sekali caj Razer Opus boleh beroperasi sehingga 25 jam. Buat masa ini ia hanya dijual untuk pasaran China pada harga RMB 1799 (~RM 1094) sepasang.



TIPS & ULASAN