Carian
Realme X3 SuperZoom Mungkin Sokong Bateri 4,200mAh Dengan Pengecasan 30W
May 4, 2020 Amy Maizuraa

Desas-desus mengenai Realme X3 SuperZoom telah kedengaran sejak kebelakangan ini dan ia juga dikatakan telah muncul dalam senarai beberapa laman web pensijilan dan pangkalan data TENAA. Peranti ini juga dikhabarkan akan dikemaskini dengan keupayaan zum yang lebih baik.

Sedikit demi sedikit spesifikasi mengenainya dikongsi dan mengikut laporan terbaru, Realme X3 SuperZoom dilaporkan mungkin menyertakan kapasiti bateri sebesar 4,200mAh. Difahamkan, kapasiti bateri ini akan disokong oleh teknologi pengecasan pantas 30W. Perkara ini didedahkan menerusi sebuah perkongsian di Twitter yang kini tersebar secara meluas.

Maklumat terperinci mengenai spesifikasi lain masih belum diketahui. Bagaimanapun, maklumat tertiris masih di peringkat ura-ura dan belum dapat disahkan lagi buat masa ini. Apa agaknya penawaran Realme untuk kali ini?

Komen