Cari @ Amanz

Satu kekurangan nyata Samsung Galaxy Z Flip ialah ia sekadar dilengkapi dwi-kamera utama dan skrin hadapan yang terlalu kecik untuk memaparkan maklumat penuh. Samsung nampaknya mendengar kesemua keluhan yang diberikan dan perubahan mungkin akan dilakukan pada Galaxy Z Flip 2 kelak.

Dua paten rekaan peranti skrin boleh-lipat telah dipatenkan oleh Samsung baru-baru ini. Dapat dilihat peranti dengan rekaan sama dengan Galaxy Z Flip dilengkapi sistem tri-kamera utama yang disusun menegak dan mendatar. Dengan susunan tri-kamera menegak, skrin sekunder luaran yang lebih panjang dapat digunakan. Lebih banyak ikon notifikasi dapat dipaparkan serta mesej dengan aksara lebih panjang.

Kewujudan paten tidak bermakna rekaan akan digunakan. Tetapi dalam kes ini jika ia digunakan ia akan menyelesaikan beberapa masalah kecil yang mengganggu pemilik Galaxy Z Flip.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd