Intel sedia memfokuskan arena automotif dan swapandu dengan sejumlah penawaran menarik. Terbaru, hadir desas-desus mengatakan Intel mungkin mengambil-alih aplikasi transit popular, Moovit.
Moovit merupakan salah satu aplikasi yang memudahkan pengguna mengikuti waktu ketibaan dalam masa-nyata untuk sejumlah perkhidmatan. Di Malaysia sendiri, ia menyokong perkhidmatan bas awam dan juga perkhidmatan keretapi – sekaligus memudahkan perancangan perjalanan.
Intel dikatakan mungkin mengambil-alih Moovit pada nilai mencapai $1 bilion, dan mengintegrasikan ia dalam strategi swapandu mereka.. Dengan penawaran data transit masa-nyata, ia akan memudahkan lagi pengurusan trafik atas jalan-raya, sekaligus memudahkan pembangunan teknologi swapandu.
Buat masa ini, tiada komen rasmi dari kedua-dua pihak. Mungkin kita mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.