Cari @ Amanz

Kebanyakan pengeluar sering menambah mod permainan terbina di dalam sistem operasi Android. Sebilangannya menawarkan ciri canggih seperti lewahjam, sementara yang lain adalah penambahbaikan sederhana untuk meningkatkan pengalaman permainan yang lebih baik.

Aplikasi Game Tuner daripada Samsung adalah salah satu penyelesaian serupa untuk pengguna peranti Galaxy. Melaluinya, pengguna boleh mengoptimasi resolusi untuk sesebuah permainan untuk lebih seelsa. Sekaligus, bantu menjimatkan masa bateri peranti.

Bagaimanapun, perkhidmatan tersebut dilaporkan telah ditamatkan sokongannya. Hal ini mungkin bukan mengejutkan kerana kemas kini terakhir adalah pada Disember 2018. Bahkan, Samsung juga dikatakan telah membuang sejumlah fungsi berguna seperti paparan kadar bingkai sesaat (FPS).

Aplikasi ini masih tersenarai melalui Play Store dan Galaxy Store, namun ia tidak boleh dimuat turun. Pun begitu, aplikasi ini masih boleh diakses pada peranti Android Oreo. Untuk pengguna versi OS terbaru seperti One UI 2.0 / 2.1 disarankan untuk menggunakan Game Plugins yang merupakan alternatif untuk Game Tuner.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd