VLC 3.3.0 Beta Untuk Android Hadir Dengan Antaramuka Baharu Yang Lebih Kemas Dan Moden

VLC 3.3.0 Beta Untuk Android Hadir Dengan Antaramuka Baharu Yang Lebih Kemas Dan Moden

Diterbitkan pada Mei 4, 2020 oleh .

VLC adalah aplikasi pemain media yang agak popular, tidak kira apa jua platform. Baik Android, iOS, Android TV atau juga Windows, ramai yang menggunakannya kerana pada dengan fungsi dan ciri menarik. Antaranya adalah kemampuan membaca fail sari kata, memainkan pelbagai format video dan codec berbeza dan juga mempunyai banyak kawalan akses pantas ke ciri-ciri lain.

Terkini, aplikasi untuk Android versi beta v3.3.0 telah dikemaskini dengan antaramuka serba baharu. Rekaan antaramuka ini sebenarnya adalah rekaan yang sudah ramai inginkan, iaitu seakan Material Design. Sudah sekian lama aplikasi VLC untuk Android menggunakan rekaan yang lebih kurang sama, perubahan baharu ini akan memberikan pengalaman penggunaan baharu.

Antara perubahannya adalah kini mempunyai bar navigasi di bahagian bawah yang memudahkan lagi kawalan, penggunaan tema berwarna-warni turut dibuang agar selari dengan rekaan yang moden. Turut terdapat kemampuan pilihan paparan kandungan dalam bentuk cards atau senarai, kemudian pengguna turut boleh membuat kumpulan baharu sekiranya pengasingan mengikut kategori automatik adalah tidak tepat. VLC turut mengubah mod tema gelap agar menjadi lebih gelap.

Bagi pengguna beta sedia ada, anda akan menerima kemaskini secara automatik. Jika anda masih pengguna stabil dan ingin mencuba, boleh klik pada pautan di bawah untuk mencuba.

Cuba VLC Versi Beta Di Play Store



TIPS & ULASAN