Ketua Saintis NVIDIA Membangunkan Ventilator Sumber Terbuka
Nazrin
Diantara perkakasan perubatan yang paling diperlukan oleh hospital-hospital sekarang di waktu wabak pandemik COVID-19 ialah alat bantuan pernafasan ventilator.
Diantara isu awal mengenai masalah ini ialah hospital sentiasa memerlukan perkhidmatan alat ventilator ini untuk pesakit-pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat pelbagai syarikat yang telah membangunkan alat ventilator ini, dan terkini, ketua saintis NVIDIA, Bill Dally telah hadir dengan sebuah ventilator sumber terbuka mampu-milik yang mudah dibangunkan.
Dibangunkan dalam masa dua minggu sahaja, satu ventilator ini boleh dibangunkan dalam masa beberapa minit sahaja pada kos $300, dan boleh dikurangkan kosnya di masa hadapan.
Ventilator NVIDIA ini telah diuji dengan simulasi jantung, dan sedang menunggu untuk pengesahan daripada USFDA.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.