Australia boleh dikatakan salah satu daripada negara-negara paling popular untuk kemasukan pendatang untuk mencari kehidupan baru,
Baru-baru ini, The Guardian telah melaporkan bahawa platform maklumat digital pendatang, SkillsSelect tidak begitu selamat, kerana maklumat peribadi 774,000 orang pendatang terdedah dan mudah diakses oleh sesiapa yang mempunyai aplikasi tersebut.
Maklumat ini dimuat-naik oleh mereka yang berminat untuk berhijrah ke Australia, dimana mereka juga akan memasukkan pelbagai butiran diri seperti nama, umur, negara kelahiran, kemahiran profesional dan sebagainya.
Orang ramai boleh mengakses maklumat-maklumat ini melalui aplikasi SkillsSelect tersebut, yang dikatakan mengandungi maklumat peribadi yang dimuat-naik sejak 2014, walaupun kerajaan Australia mengatakan butiran lebih lama daripada 2 tahun akan dipadamkan.