Cari @ Amanz

Oppo A92 telah dilancarkan di Malaysia pagi ini dan mengesahkan rekaan serta spesifikasi yang tertiris sebelum ini. Di Malaysia Oppo A92 dijual pada harga RM1199 sebuah dalam warna cerun menarik Shining White dan Twilight Black. Pra-tempahan telahpun dibuka hari ini sehingga 8 Mei. Mereka yang melakukan pra-tempahan akan menerima pembesar suara Olike Bluetooth dan jaminan selama 18 bulan percuma.

Peranti iniĀ  dilengkapi skrin 6.5″ IPS LCD FHD+, dijana cip Snapdragon 665, memori 8GB, storan 128GB, kamera utama 48+8+2+2 Megapixel, dan kamera hadapan 16-Megapixel. Sistem kamera utama menggabungkan lensa sudut lebar, ultra sudut lebar, makro dan monokrom yang disusun dalam bentuk huruf L, Kamera hadapan pula diletakkan di dalam lubang skrin yang kecil.

Bateri sebesar 5000 mAh yang besar menyokong pengecasan pantas 18W menerusi port USB-C.Sebuah pengimbas cap jari diletakkan pada sisi kanan peranti merangkap butang kuasa. Ia turut boleh melakukan nyahkunci menerusi imbasan wajah.

Bagi peminat audio, peranti masih dilengkapi bicu audio 3.5mm. Akhir sekali Oppo A92 menggunakan sistem operasi Android 10 dengan pelancar ColorOS 7.1.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd