Cari @ Amanz

MSI nampaknya akan memperkenalkan komputer riba produktiviti mereka, MSI Prestige 14 dalam pilihan warna merah jambu secara terhad.

MSI Prestige 14 ini hadir dengan rekaan nipis dengan paparan IPS bersaiz 14 inci dengan resolusi 1920×1080 dengan kadar segar semula 60FPS dengan bingkai nipis.

Untuk pasaran tempatan, ia dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-10510U dengan memori DDR4 sebanyak 16GB dan storan SSD sebesar 512GB. Dari segi GPU, Prestige 14 ini dilengkapi dengan cip grafik NVIDIA GeForce MX330 dengan memori sebanyak 2GB.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, apa yang membuatkan komputer riba ini unik ialah warna merah jambu metalik yang digunakan untuk menceriakan komputer riba yang berwarna hitam sebelum ini.

MSI Prestige 14 ini boleh dipra-tempah bermula hari ini (4 April) di kedai-kedai atas talian seperti MSI, Lazada ataupun SenQ sehingga 10 April 2020 pada harga RM5399.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd