Unit Komputer Dalam Kereta Tesla Tidak Diformat Apabila Dibuang – Akaun Pengguna Terjejas

Unit Komputer Dalam Kereta Tesla Tidak Diformat Apabila Dibuang – Akaun Pengguna Terjejas

Diterbitkan pada Mei 4, 2020 oleh .

Tesla adalah antara kereta elektrik yang terkenal. Ia mempunyai fungsi dan ciri yang menarik, boleh memandu dengan sendiri, boleh dikawal dengan aplikasi dan juga dijual pada harga yang agak mampu milik dalam kelasnya. Namun sehebat mana pun kereta ini, pasti akan ada satu masalah kerana tiada produk yang 100% sempurna.

Terkini, Tesla dilaporkan telah membuang unit komputer kereta pelanggan mereka begitu sahaja apabila pelanggan ingin membaiki, menuntut jaminan atau juga menukar unit komputer untuk kemaskini MCU2 – iaitu kemaskini swapandu. Tesla dikatakan tidak format unit komputer tersebut dan secara tidak langsung telah menjejaskan akaun pengguna. Lebih mengejutkan, kata laluan yang tersimpan dalam unit komputer ini tidak disulit dan informasi pengguna boleh diperoleh oleh penggodam atau pihak tidak bertanggungjawab dengan mudah.

Lebih mengecewakan, Tesla turut dikatakan seakan tidak mengikut sebarang prosedur yang sepatutnya untuk membuang unit komputer ini atau menghapuskannya. Sumber mengatakan yang pihak Tesla membuang unit ini di dalam tong sampah sahaja, sehingga menyebabkan orang awam boleh mencuri dan menjual di eBay. Mengenai akaun pengguna yang boleh terjejas ini adalah, seorang penggodam bernama Hacker Green telah memperoleh beberapa unit komputer ini dan berjaya mendapatkan data-data pengguna begitu sahaja.

Tesla turut telah dihubungi oleh pihak sumber, namun cara Tesla memberi maklum balas adalah seakan perkara ini tidak serius.



TIPS & ULASAN