Huawei Dijangka Hadir Dengan Huawei P30 Pro (New Edition) Dengan Sokongan Aplikasi Google

Huawei Dijangka Hadir Dengan Huawei P30 Pro (New Edition) Dengan Sokongan Aplikasi Google

Diterbitkan pada Mei 5, 2020 oleh .

Huawei P30 Pro merupakan salah satu telefon pintar berkuasa daripada Huawei yang hadir dengan sokongan Google Mobile Services – sekaligus menawarkan sokongan akses kepada Google Play. Ia telah dilancarkan secara rasminya pada tahun lepas.

Kini, walaupun Huawei P40 telah diperkenalkan, kini melalui laman Huawei German, ia dilihat pengeluar dari China berkenaan dalam persiapan untuk memperkenalkan Huawei P30 Pro New Edition.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan Huawei terus menawarkan peranti dengan sokongan Google Play – sekaligus terus menarik pengguna dalam menggunakan peranti mereka.

Apa pun, langkah ini mungkin boleh digunakan untuk sementara sahaja – memandangkan spesifikasi peranti berkenaan mungkin menjadi sedikit lama, sekaligus membuatkan pengguna mencari peranti lebih terkini.

Ia tidak diketahui lagi apakah pembaharuan yang bakal dibawakan melalui Huawei P30 Pro NE ini. Huawei dijangka menawarkannya di Jerman seawal 15 Mei 2020 ini.



Paling Popular