PewDiePie merupakan salah seorang penerbit kandungan yang popular di YouTube = dengan lebih 104 juta pelanggan, sekaligus menjadikan PewDiePie salah satu saluran yang terbesar di platform YouTube.
PewDiePie sendiri sebelum ini telah dikaitkan dengan beberapa kontroversi, selain turut diperkatakan mungkin berehat dari YouTube pada tahun 2020 ini.
Namun, kini perkara berbeza berlaku. YouTube Gaming dan PewDiePie menandatangani perjanjian penstriman langsung eksklusif di platform YouTube.
Pengumuman pihak YouTube ini selari dengan langkah beberapa pihak lain – termasuk Microsoft, Twitch dan Facebook yang turut menandatangani perjanjian bersama beberapa penstrim popular.
PewDiePie turut mengatakan yang akan memfokuskan arena penstriman langsung pada 2020 ini, dan perjanjian eksklusif bersama YouTube ini semestinya suatu yang dinantikan.