Guna Galaxy S8/S8+? Anda Tidak Akan Menerima Kemaskini Sekuriti Bulanan Lagi, Beralih Kepada Suku Tahunan

Guna Galaxy S8/S8+? Anda Tidak Akan Menerima Kemaskini Sekuriti Bulanan Lagi, Beralih Kepada Suku Tahunan

Diterbitkan pada Mei 5, 2020 oleh .

Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8+ merupakan dua telefon pintar mercu yang telah ditawarkan sejak 2017 yang lepas. Sehingga bulan lepas, Samsung menawarkan kemaskini bulanan untuk kedua-dua telefon pintar ini, yang membawa sokongan sekuriti terkini.

Apa pun, perkara berkenaan akan berubah tidak lama lagi. Melalui jadual kemaskini sekuriti yang terbaru diterbitkan Samsung, mereka telah mengalihkan Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8+ daripada kemaskini bulanan kepada kemaskini suku tahunan.

Sekiranya mengikut kepada pengurusan Galaxy S7 sebelum ini, kita mungkin tidak akan melihat ciri baru hadir ke siri Galaxy s8 lagi, selain akan menamatkan sokongan sekuriti untuk peranti berkenaan menjelang Mei 2021 kelak.

Walaupun ia mungkin akan menjadi berita yang agak mendukacitakan kepada pengguna aktif Galaxy S8 dan Galaxy S8+, namun, ia agak menarik melihat Samsung menyokong peranti sehingga 4 tahun – berbanding kebanyakkan pengeluar dari China yang janrang menyokong kemaskini sehingga 2 tahun.



TIPS & ULASAN