Carian
Kewujudan Poco F2 Kini Disahkan Secara Rasmi
May 5, 2020 Effi Saharudin

Ura-ura mengenai kewujudan Poco F2 mula didengari sejak beberapa bulan yang lalu. Ramai yang menantikan kemunculannya kerana Poco ialah jenama yang benar-benar menawarkan peranti mercu pada harga yang amat mampu milik. Pelancaran F2 mungkin kini semakin hampir selepas imej acah di bawah dihantar sendiri oleh akaun rasmi Poco.

Selama ini tiada ciapan baharu dari akaun Poco sehingga beberapa hari yang lalu dengan pelbagai imej acah. Bagi yang mungkin berminat untuk memiliki F2, ia sebenarnya adalah sebuah Redmi K30 Pro yang dijenamakan semula berdasarkan beberapa penanda aras dan spesifikasi yang telahpun tertiris sebelum ini. Oleh itu ia adalah sebuah peranti mercu dengan cip Snapdragon 865, kuad-kamera dan kamera swafoto pop naik.

Komen