Oppo Mempatenkan Peranti Pintar Dengan Papan Kekunci Fizikal

Oppo Mempatenkan Peranti Pintar Dengan Papan Kekunci Fizikal

Diterbitkan pada Mei 5, 2020 oleh .

Telah sekian lama kita tidak melihat peranti pintar dengan sokongan papan kekunci fizikal. Bagaimanapun, mungkin trend ini bakal kembali susulan dakwaan berita yang tular mengatakan Oppo telah memfailkan paten baru untuk reka bentuk tersebut. Rekaannya kelihatan agak menyerupai sarung pelindung yang tersedia pada LG G8X, V50, dan V60.

Difahamkan, sarung pelindung ini bukan sahaja bertujuan untuk melindungi peranti sahaja. Tetapi, ia juga menyertakan papan kekunci fizikal yang membolehkan pengguna menaip dengan lebih cepat. Aksesori ini sangat sesuai untuk mereka yang kerap menaip, misalnya untuk kegunaan perniagaan. Tiada perincian lanjut mengenai bagaimana  aksesori ini akan ditambat kepada peranti. Tetapi secara logiknya, ia mungkin menggunakan sambungan Bluetooth atau menggunakan port pintar seperti pada iPad ataupun Surface.

Pun begitu, ia masih lagi pada peringkat awal dan Oppo hanya sekadar memfailkan paten sahaja. Namun sekiranya ia menjadi produk akhir, ia mungkin ‘menghidupkan’ semula trend ini. Sama – sama kita tunggu dan lihat.



TIPS & ULASAN