Cari @ Amanz

Foodpanda Umum Waktu Operasi Baru – 5 Pagi Sehingga 12 Tengah Malam

Link Copied!

Selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baharu yang diumumkan oleh pihak kerajaan, beberapa kelonggaran mula diberikan kepada perniagaan bagi menggerakkan semula ekonomi. Foodpanda telah mengumumkan waktu operasi baharu yang berkuatkuasa hari ini.

Waktu operasi kini bermula seawal jam lima pagi di Lembah Klang dan ditutup pada jam 12 tengah malam di negeri-negeri lain. Sungguhpun begitu waktu pesanan terakhir ada yang seawal jam 5 petang seperti di Sabah. Untuk melihat waktu operasi bermula, pesanan terakhir dan operasi berakhir sila lihat jadual yang disertakan di atas. Selamat memesan makanan dan pastikan anda melakukan pembatasan sosial yang secukupnya sepanjang tempoh PKPB.


Komen ()