Cari @ Amanz

Samsung Galaxy S20 Ultra merupakan sebuah peranti mewah dengan sejumlah penawaran spesifikasi terkini seperti dijana pemproses Exynos 990, paparan AMOLED 6.9 inci, bateri berkapasiti tinggi 5,000mAh dan persediaan kuad kamera serba canggih. Persediaan kamera swafoto juga tidak kurang hebatnya, walaupun hanya tersedia dengan sokongan lensa tunggal.

DxOMark kini telah mengeluarkan markah bagi kamera hadapan Samsung Galaxy S20 Ultra. Dalam pengujian kameranya, Samsung Galaxy S20 Ultra berjaya memperoleh markah sebanyak 100 mata sekaligus menduduki tangga ketiga tertinggi setanding dengan Huawei Nova 6 5G. Hasil daripada analisis kajian mendapati peranti ini menerima skor sebanyak 104 mata untuk kemampuan fotografi dan 95 mata pula untuk kemampuan videografi.

Pujian diberikan kepada kemampuan sistem autofokus yang pantas serta tajam, penghasilan gambar terperinci dengan hingar yang minima dan julat dinamik juga tinggi. Kritikan pula diberikan kepada sistem imbangan putih yang tidak seimbang dan penghasilan warna kulit kurang tepat. Untuk kemampuan rakaman video pula, secara umumnya peranti ini dikatakan baik dengan penawaran perincian tepat dalam semua keadaan dan penghasilan warna yang menyenangkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd