Cari @ Amanz

Google Drive Akhirnya Menyokong Sistem Keselamatan Face ID Dan Touch ID

Link Copied!

Selepas beberapa kali cakera keras PC berhenti beroperasi secara mengejut, kami mula menyimpan data yang paling penting ke storan awanan. Dengan ini jika berlaku kerosakan pada komputer di masa hadapan, data yang paling penting seperti gambar ketika masih di kolej akan tersimpan selamat. Tetapi mungkin ada yang masih risau tentang keselamatan data.

Bagi pengguna Google Drive, aplikasi iOS dan iPadOS kini menyokong ia dikunci menggunakan Face ID atau Touch ID. Kemas kini Google Drive versi 4.2020.18204 yang diberikan semalam memberikan tetapan baharu Privacy Screen. Jika ia dipilih, imbasan Face ID atau Touch ID diperlukan untuk mengakses Google Drive pada peranti. Secara lali Privacy Screen diaktifkan setiap masa tetapi boleh diubah ke 10 saat, 1 minit atau 10 minit. Untuk mengaktifkan Privacy Screen sila ke Settings > Privacy Screen di dalam aplikasi pasca kemas kini.


Komen ()