Teknologi fotografi semakin hari semakin berkembang. Zaman dahulu, kamera DSLR adalah segalanya. Namun, telefon pintar kini mempunyai spesifikasi kamera yang hebat yang secara tidak langsung boleh merakam hasil yang menakjubkan. Bayangkan, terdapat jenama turut mendakwa yang fotografi telefon pintar adalah setaraf DSLR. Hebat mana pun teknologi kamera itu, tidak bermakna tiada inovasi atau perubahan boleh dilakukan.
Terkini, sebuah kamera dengan kemampuan merakam 70 trilion gambar per saat telah dihasilkan. Kamera ini dikategorikan sebagai kamera ultra pantas, kerana menggunakan teknologi pemampatan ultra pantas fotografi spektral (CUSP). Teknologi ini mirip dengan kamera ultra pantas sebelum ini, iaitu fasa-sensitif pemampatan fotografi ultra pantas (pCUP) yang hanya boleh merakam 1 trilion gambar per saat sahaja. Jika kamera lama ini boleh mengambil gambar objek-objek lut sinar atau fenomena, kamera baharu ini boleh merakam gelombang pergerakan cahaya, pereputan pendarfluor molekul, perambatan cahaya ultra perlahan, perambatan gelombang, pelakuran nuklear atau juga pemindahan foton di awan dan tisu-tisu biologikal.
Kamera ini dibangunkan oleh Lihong Wang, Bren Profesor Kejuruteraan Perubatan dan Kejuruteraan Elektrik di Andrew and Peggy Cherng Department of Medical Engineering. Menurut beliau, kamera ini turut boleh digunakan dalam pelbagai bidang seperti fizik asas, pengecilan semi konduktor generasi baharu dan kehidupan sains.