Carian
AMD
Anda Kini Boleh Memuat Turun Kelajuan Tambahan Memori Grafik Untuk AMD Radeon RX 5600XT
May 5, 2020 Nazrin

AMD hari ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa beberapa model kad grafik AMD Radeon RX 5600 XT yang terpilih boleh mengemaskini perisian BIOS kad grafik tersebut untuk mendapatkan penambahan kelajuan memori daripada 12Gbps kepada 14Gbps secara percuma.

Ini mengesahkan ura-ura yang mengatakan bahawa AMD telah menaiktarafkan memori GDDR6 yang digunakan daripada 12Gbps kepada 14Gbps tanpa pengetahuan umum.

Kemaskini BIOS ini membolehkan kad grafik ini tiba dengan kemampuan melewahjam dan meningkatkan prestasi grafik komponen ini sebanyak 10 peratus.

Kemaskini BIOS ini boleh dimuat-turun daripada laman-laman web pembina kad grafik ini, dan AMD telahpun menyediakan laman khas untuk menunjukkan kad-kad grafik manakah yang mempunyai memori yang lebih laju ini, dan dimana untuk memuat-turun kemaskini tersebut.

Komen