Amerika Menilai Kemungkinan Menarik Aset Tentera Daripada UK Kerana Kelengkapan 5G Huawei

Amerika Menilai Kemungkinan Menarik Aset Tentera Daripada UK Kerana Kelengkapan 5G Huawei

Diterbitkan pada Mei 5, 2020 oleh .

Kerajaan Amerika Syarikat boleh dikatakan sedang mencuba sedaya upaya untuk memastikan China, khususnya Huawei terkubur kerana mereka risau mengenai ancaman yang akan tiba sekiranya kelengkapan mereka digunakan untuk menguasakan teknologi komunikasi global.

Terkini, kerajaan tersebut sedan menilai kemungkinan menarik aset tentera daripada United Kingdom kerana kerajaan tersebut telah menandatangani perjanjian yang membenarkan Huawei untuk membangunkan sebahagian daripada infrastruktur 5G mereka.

Melalui perjanjian tersebut, Huawei hanya dibenarkan untuk membangunkan 35 peratus daripada infrastruktur tersebut di kawasan tidak sensitif seperti kawasan perumahan dan bandar. Mereka dilarang sama sekali untuk menaikkan menara telekomunikasi di kawasan-kawasan yang diwartakan sensitif seperti kawasan tentera, kerajaan dan sebagainya.

Bagi kerajaan Amerika Syarikat, ini masih tidak mencukupi kerana mereka khuatir bahawa penggunaan kelengkapan Huawei akan menyebabkan krisis pengintipan yang bukan sahaja akan menjejaskan sekuriti kerajaan UK, tetapi juga aset-aset tentera Amerika Syarikat yang mungkin terdedah kepada unit risikan China ataupun negara-negara lain.

Atas alasan ini, kerajaan Amerika Syarikat sedang menilai kemungkinan penarikan aset-aset tersebut, dan mengetatkan lagi tali jerut sekatan ekonomi terhadap Huawei.



Paling Popular