Oppo hari ini telah mengumumkan mereka akan melancarkan telefon pintar dibawah siri Oppo Reno3 untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Oppo mengatakan ia akan hadir ke pasaran tempatan dalam beberapa minggu lagi.
Melalui gambar acah yang dikongsikan, Oppo mengacah peranti Oppo Reno3 Pro. Peranti ini dilihat memfokuskan kepada keupayaan rakaman gambar melaluinya – termasuk dwi-kamera swafoto dihadapan.
Telefon pintar ini menggunakan skrin 6.5-inci AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz, cip MediaTek Helio P95, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB. Ia turut hadir dengan bateri 4025mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W VOOC 4.0.
Oppo Reno3 hadir dengan dwi-kamera hadapan dengan gabungan sensor 44MP + 2MP, selain empat kemara belakang dengan gabungan sensor 64MP + 13MP + 8MP + 2MP.
Kita mungkin mendengar lanjut mengenai penawaran telefon pintar ini untuk pasaran tempatan dalam beberapa minggu lagi.