Gerak Malaysia merupakan aplikasi yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan digunakan oleh Polis Diraja Malaysia untuk menguruskan pergerakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan – terutamanya melibatkan perjalanan antara negeri. Permohonan adalah hanya untuk senario terperangkap sahaja, dan bukan untuk perjalanan lain.
Data pergerakan ini akan digunakan dalam membantu Polis Diraja Malaysia dalam mengawal pergerakan trafik, selain KKM dalam usaha melakukan pengesanan kontak.
Muat-Turun
Aplikasi ini ditawarkan untuk Android dan iPhone. Ia boleh dimuat-turun melalui Google Play Store, Huawei AppGallery dan juga Apple AppStore.
- Muat-Turun Gerak Malaysia di Google Play Store
- Muat-Turun Gerak Malaysia di Huawei AppGallery
- Muat-Turun Gerak Malaysia di Apple AppStore
Maklumat Yang Dikumpul?
Maklumat yang dikumpulkan oleh aplikasi ini ketika pendaftaran adalah nama, nombor telefon, nombor kad pengenalan, alamat kediaman dan juga emel.
Pengguna juga akan diminta untuk memberikan akses data lokasi untuk ia dikumpulkan dan mengekalkan rekod lokasi yang dikunjungi anda.
Bagaimana kebimbangan mengenai isu privasi data akan ditangani?
Identifikasi pengguna dan maklumat peribadi adalah kritikal untuk memastikan kefungsian pengesanan kontak adalah berdaya maju dan efektif. Bermatlamat untuk mengelak penyebaran wabak Covid-19 yang boleh meningkatkan kadar kematian harian, serta demi menjaga keselamatan seluruh rakyat Malaysia, pihak KKM memerlukan maklumat lokasi untuk memanfaatkan pengesan kontak. Pengumpulan data peribadi yang relevan hanya akan digunakan untuk melengkapi usaha-usaha pengesanan kontak.
Berapa lamakah aplikasi ini akan digunakan oleh pihak berkuasa?
Penggunaan aplikasi ini akan bermula dari tarikh yang diumumkan oleh Kerajaan dan segala data peribadi serta lokasi peranti akan digunakan dalam tempoh PKPB seperti diumumkan dari semasa ke semasa.
Penggunaan aplikasi ini akan ditamatkan apabila Kerajaan mengumumkan penamatan PKP kelak dan data terkumpul akan disimpan selama tempoh enam (6) bulan. Selepas enam (6) bulan semua data terkumpul melalui aplikasi ini (data peribadi dan lokasi peranti) akan dilupuskan.
Meskipun begitu, pengguna boleh membuang aplikasi ini daripada peranti masingmasing sebaik sahaja penamatan PKPB telah diumumkan berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Keserasian telefon pintar untuk menggunakan Gerak Malaysia?
Untuk menggunakan aplikasi ini, anda perlu menggunakan telefon Android 5.0 dan keatas, atau iPhone menggunakan iOS 11 dan terbaru.
Apa pun, telefon pintar yang telah diubahsuai (rooted) tidak boleh menggunakan aplikasi Gerak Malaysia.
Tarikh kemaskini maklumat perjalanan
Bagi anda yang telah memuat-turun aplikasi Gerak Malaysia, boleh melakukan kemaskini maklumat perjalanan sehingga 5 Mei 2020 ini.
Analisa maklumat perjalanan akan dilakukan pihak berkuasa pada 6 Mei 2020 kelak, dan pengguna akan boleh melakukan perjalanan antara negeri mengikut jadual bermula 7 Mei hingga 10 Mei 2020 ini.
Perbezaan antara Alamat Asal dan Alamat Destinasi
Anda akan diperlukan memasukkan maklumat berkaitan alamat asal dan alamat destinasi pada aplikasi Gerak Malaysia ini.
Alamat Asal – Alamat semasa dimana anda berada sekarang.
Alamat Destinasi – Alamat lokasi yang ingin dituju.
Permohonan tanpa aplikasi
Bagi anda yang tidak memiliki telefon pintar, anda boleh membuat permohonan di balai polis berdekatan secara manual.
- Muat-Turun Gerak Malaysia di Google Play Store
- Muat-Turun Gerak Malaysia di Huawei AppGallery
- Muat-Turun Gerak Malaysia di Apple AppStore