Apple hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan acara tahunan WWDC secara maya pada tahun ini, bermula 22 Jun 2020.
Pada tahun ini, acara berkenaan juga akan ditawarkan secara percuma – sekaligus membolehkan pembangun seluruh dunia menyertainya daripada skrin komputer masing-masing.
Melalui WWDC, Apple akan memperlihatkan kemaskini dan masa hadapan sistem operasi serta platform mereka, termasuk iOS, iPadOS, macOS, watchOS dan juga tvOS.
Peralihan kepada acara maya ini adalah selari dengan perubahan dilakukan pelbagai organisasi disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 – sekaligus mengelakkan perhimpunan dan persidangan yang melibatkan ramai orang pada sesuatu masa.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan bulan Jun ini untuk melihat apakah ciri baru yang bakal hadir ke iPhone, iPad, Macbook, dan juga Apple Watch.