Cari @ Amanz

Paten Jam Pintar Vivo Muncul Di Arena Web

Link Copied!

Jam tangan pintar dilihat semakin mencuri tumpuan ramai dan banyak syarikat berusaha menghasilkan peranti tersebut dengan rekaan khusus mengikut kesesuaian gaya hidup. Vivo juga memberi gambaran seakan-akan tidak mahu ketinggalan selepas tularnya desas-desus mengatakan mereka juga berkemungkinan melakukan perkara yang sama.

Paten mengenainya dikatakan telah muncul di arena web. Seperti yang dapat kita lihat, paten ini menunjukkan jam pintar tersebut mungkin mempunyai paparan berbentuk bulat. Namun, tiada sebarang maklumat mengenai ciri lain seperti ukuran skrin dan dimensi peranti dikongsi.

Imej dikongsi turut memperlihatkan peranti ini bakal memiliki sensor pengesanan denyutan jantung dan dua pin untuk pengecasan pada bahagian bawah. Bahagian kanan kelihatan terdapat dua butang fizikal, sementara bahagian kiri pula tiada apa-apa. Keseluruhannya, rekaan jam pintar ini nampak agak menarik tetapi mirip Huawei Watch GT 2 dan Samsung Galaxy Watch.

Seperti biasa, perkara ini masih lagi di peringkat ura-ura dan tidak dapat disahkan sepenuhnya. Memandangkan ia masih lagi pada peringkat ura-ura awal, maka mungkin ia tidak begitu tepat. Namun, sekiranya benar mungkin kita akan dapat melihat penawaran produk Vivo lebih meluas.


Komen ()