Cari @ Amanz

Firefox 76 Memberikan Amaran Jika Kata Laluan Dan Maklumat Akaun Telah Tertiris Ke Arena Web

Link Copied!

Berapakah akaun atas talian yang anda miliki pada waktu ini? Berapa pula kata laluan berbeza yang anda gunakan? Jika ia hanya satu atau dua anda sekaligus membahayakan diri sendiri kerana jika ia tertiris, kesemua akaun atas talian anda boleh digodam. Hakikatnya adalah sukar untuk cakna dengan berita pangkalan data laman yang digodam. Menerusi kemas kini terkini Firefox 76, proses ini akan menjadi sedikit mudah.

Firefox 76 hadir dengan dua ciri terbaru Vulnerable Password and Website Breach. Menerusi Vulnerable Password, amaran akan diberikan jika Firefox mengesan kata laluan yang ingin anda gunakan ada di dalam pangkalan data kata laluan yang pernah tertiris sebelum ini. Website Breach pula memberikan amaran sekiranya maklumat log masuk anda ke laman tertentu juga telah tertiris ke arena web sebelum ini.

Anda kemudian mempunyai pilihan mengubah kata laluan menggunakan Firefox Lockwise yang menjana kata laluan rawak untuk setiap laman yang kemudiannya disimpan dengan penyulitan di dalam peranti. Memandangkan identiti atas talian sekarang adalah sama penting seperti identiti dunia fizikal, adalah perlu bagi kita untuk memastikan penggunaan kata laluan yang lemah tidak dilakukan.


Komen ()