Cari @ Amanz

Penularan wabak koronavirus Covid-1 telah menjadikan pelbagai platform telesidang menjadi popular. Zoom, Google Meet, Skype, Facebook Messenger dan banyak lagi digunakan ramai orang untuk bersosial, mesyuarat atau juga hanya bersengaja. Orang ramai terpaksa melakukan sedemikian perkara kerana perlu menghormati penjagaan jarak sosial.

Terkini, Elon Musk telah mengicau mengatakan yang kereta Tesla turut akan hadir dengan sokongan panggilan telesidang. Bagi yang tidak tahu, dalam kereta Tesla sudah ada kamera terbina pada bahagian cermin pandang belakang. Tetapi kamera itu masih tiada fungsi, kerana ia bertujuan untuk membuat pemantauan keadaan dalam kereta sahaja. Panggilan telesidang pada kereta Tesla ini pasti akan lebih selesa digunakan oleh pengguna, kerana unit komputer Tesla ini mempunyai saiz skrin yang besar. Bila ia akan hadir? Masih tidak diketahui, tetapi ia mungkin akan hadir dalam masa terdekat jika penularan Covid-19 masih teruk.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd