Cari @ Amanz

Honor X10 Bakal Diperkenal Pada 20 Mei Kelak

Link Copied!

Desas – desus mengenai Honor yang dikatakan dalam perancangan untuk membawa pewaris baru di bawah siri X sudah kedengaran sejak beberapa minggu lalu. Peranti ini juga disahkan bakal muncul dengan penjenamaan baru iaitu Honor X10.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, bilakah Honor bakal melancarkan peranti ini. Persoalan itu akhirnya terjawab selepas sebuah poster acah mengenai tarikh rasmi pelancaran model tersebut kini dikongsi menerusi laman Weibo. Memetik poster dikongsi, Honor X10 bakal diperkenalkan secara rasmi pada 20 Mei ini. 

Honor 10X dipercayai menggunakan sistem kamera swafoto pop-naik bersama skrin 6.63-inci. Ia juga dikhabarkan muncul dengan cip Kirin 820, tri-kamera utama dan bateri 4,200mAh bersama pengecasan pantas 22.5W. Selain itu, ia juga dikatakan berupaya menyokong rangkaian 5G dalam mod standalone (SA) dan non-standalone (NSA).


Komen ()