SKMM kini telah menerbitkan kemaskini terbaru untuk aplikasi Gerak Malaysia bagi para pengguna iPhone, sekaligus menyertakan beberapa ciri-ciri yang dinantikan melaluinya.
Gerak Malaysia merupakan aplikasi yang digunakan oleh kerajaan dan pihak berkuasa untuk menyelaras, mengawal dan melancarkan perjalanan orang ramai, khususnya berkaitan perjalanan rentas negeri.
Melalui Gerak Malaysia 2.5 untuk iPhone, kini ia membolehkan pengguna menambah alamat asal dan alamat destinasi – sekaligus memberikan informasi kepada pihak berkuasa dalam kawalan trafik yang lebih baik.
Disamping itu, pengguna juga boleh menjana kod QR sebaik sahaja mendapat kelulusan untuk perjalanan rentas negeri disebabkan terperangkap bermula 7 Mei 2020 ini sehingga 10 Mei 2020. Apa pun, berhati-hati kerana janaan kod QR ini hanya terhad untuk penggunaan selama 24 jam sahaja.
Bagi anda yang menggunakan iPhone, boleh memuat-turun dan menggunakan aplikasi Gerak Malaysia dalam memohon kebenaran perjalanan rentas negeri melaluinya.
- Muat-Turun Gerak Malaysia untuk iPhone