Cari @ Amanz

Kelak NFC Boleh Digunakan Untuk Pengecasan Nirwayar

Link Copied!

Format pengecasan nirwayar yang digunakan secara meluas sekarang ialah Qi. Ia memerlukan gegelung dan pengecas khas untuk digunakan. Tetapi di masa hadapan ia akan menerima saingan pula dari sistem pengecasan nirwayar Qi. NFC Forum telah mengumumkan piawaian baru NFC yang membolehkan ia melakukan pengecasan secara nirwayar.

Walau bagaimanapun ia sekadar menyokong pengecaan pada output maksimum 1W yang lebih perlahan berbanding sehingga 30W yang disokong Qi. Tidak seperti Qi, sistem NFC ini adalah bersaiz lebih kecil dan bukan menyasarkan penggunaan pada telefon pintar. Dengan saiz kecil ia lebih sesuai untuk peranti boleh-pakai, pen digital, fon telinga, dan penjejak kesihatan.

Untuk menggunakan format baharu ini, perkakasan baharu NFC perlu diperlukan dan ini bermakna perkakasan NFC semasa tidak boleh melakukan pengecasan dengan kemas kini perisian.


Komen ()