Sejak mula beroperasi pada tahu 2004, Facebook dilanda pelbagai kontroversi seperti keengganan memadam iklan politik yang mengandungi maklumat tidak sahih, kandungan berbentuk kebencian dan memadam karya seni kerana mengandungi imej yang dikatakan lucah. Bagi menyelesaikan isu kandungan apakah yang sesuai dan apa yang perlu dipadam, sebuah lembaga pengawasan telah ditubuhkan dengan 20 ahli pertamanya diumumkan semalam.
Lembaga pengawasan mempunyai kuasa untuk memutuskan sama ada sesuatu kandungan itu dibenarkan di Facebook dan Instagram. Mereka mempunyai kuasa untuk membantah keputusan Mark Zuckberg. Malahan Zuckberg melihat lembaga pengawasan ini seperti mahkamah tinggi yang akan mengadili isi kandungan laman media sosial nombor satu dunia ini. Dengan pembentukan lembaga pengawasan Facebook tidak akan membuat begitu banyak keputusan penting mengenai kebebasan bersuara dan keselamatan secara sehala.
Pemilihan ahli lembaga adalah di peringkat global. Dua puluh anggota pertama pernah tinggal di 27 negara dan berkemampuan bertutur dalam 29 bahasa. Antara yang dipilih ialah mantan perdana menteri Denmark Helle Thorning-Schmidt, pakai kebebasan beragama Michael McConnell, bekas hakim Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah András Sajó dan editor kanan The Jakarta Post Endy Bayuni.
Sebanyak 20 lagi ahli akan dilantik dalam masa terdekat. Kesemua ahli mengikat kontrak dengan lembaga pengawasan, tidak dianggap sebagai kakitangan Facebook dan oleh itu tidak boleh dipecat oleh Facebook.