Carian
Poco F2 Melepasi Pengesahan Sirim Di Malaysia
May 7, 2020 Aman

Poco merupakan salah satu jenama yang disukai ramai, memandangkan ia hadir dengan penawaran spesifikasi tinggi, tetapi pada harga sangat kompetitif. Poco F1 telah menjadi salah satu telefon pintar yang sangat popular, dan sering dicari pengguna kerana penawaran harganya.

Terbaru, Xiaomi dijangka memperkenalkan Poco F2 tidak lama lagi. Menariknya, kini sebuah peranti dengan model “M2004J11G” telah melepasi pengesahan Sirim – memberikan petanda ia berkemungkinan adalah Poco F2 yang dinantikan ramai.

Buat masa ini, info dan spesifikasi berkaitan telefon Poco F2 ini masih tidak diketahui sepenuhnya. Tidak mustahil ia adalah penjenamaan semula untuk peranti Xiaomi yang lain sebelum ini.

Poco dijangka memperkenalkan siri baru telefon pintar mereka ini pada bulan Mei ini. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.

Komen