Zoom Mengambil-Alih Keybase Dalam Menambah-Baik Sekuriti
Aman
Zoom hari ini telah mengumumkan mereka akan mengambil-alih salah satu syarikat yang terkenal dengan penawaran sekuriti, iaitu Keybase.
Dengan pengambil-alihan ini, Zoom dijangka mengintegrasikan kepakaran Keybase, sekaligus menjadikan penawaran perisian telesidang mereka lebih selamat berbanding sebelumnya.
Dengan integrasi Keybase kelak, pengguna Zoom boleh melaksanakan panggilan telesidang dengan sokongan penyulitan penuh. Ia sekaligus akan menambah baik lagi penawaran sekuriti berbanding hari ini yang mana kekunci penyulitan disimpan pada pelayan Zoom di awan.
Pengambil-alihan ini hadir lanjutan daripada pengumuman pihak Zoom dalam menambah-baik lagi penawaran sekuriti pada perkhidmatan mereka dalam tempoh 90 hari.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.