Vivo Y30 Hadir Ke Pasaran Malaysia Pada Harga RM899 – Hadir Dengan Bateri 5000mAh

Vivo Y30 Hadir Ke Pasaran Malaysia Pada Harga RM899 – Hadir Dengan Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada Mei 8, 2020 oleh .

Vivo kini telah membawa masuk satu lagi telefon pintar untuk pasaran Malaysia, iaitu Vivo Y30. Ia hadir dengan spesifikasi pertengahan, dan disenaraikan oleh Vivo Malaysia pada harga RM899.

Vivo Y30

Vivo Y30 hadir dengan skrin 6.47-inci, dijana cip Mediatek Helio P35, memori 4GB RAM dan storan 128GB. Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri 5000mAh,

Untuk rakaman gambar, kamera belakang hadir dengan gabungan 13MP + 8MP + 2MP + 2MP. Telefon pintar ini turut hadir dengan sokongan dwi-SIM, dan dijana sistem operasi Android 10 terkini.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya pada harga RM899 – atau dengan potongan RM30 selepas menggunakan kod diskaun di Lazada.

Beli : Vivo Y30



TIPS & ULASAN