Cari @ Amanz

Google Perkenal Aplikasi “Read Along” – Aplikasi Membantu Kanak-Kanak Belajar Membaca

Oleh Aman

Link Copied!

Google hari ini telah melancarkan aplikasi percubaan dinamakan Read Along secara global – iaitu sebuah aplikasi yang mengajar kanak-kanak dalam melatih membaca, selain mendidik mereka kaedah membaca.

Aplikasi ini memfokuskan kepada penawaran kandungan berbahasa Inggeris, dan menggunakan kelebihan teknologi teks-ke-audio Google dalam membantu kanak-kanak membaca.

Read Along

Aplikasi ini turut hadir dengan sebuah pengecaman suara dinamakan Diya – dimana ia mengecam sebutan kanak-kanak, dan betulkan sekiranya salah sebutan. Read Along ini turut hadir sejumlah kuiz untuk melatih kanak-kanak untuk membaca dan belajar dengan lebih baik.

Aplikasi ini boleh digunakan tanpa sambungan internet – sekaligus menjadikannya lebih berbaloi untuk kanak-kanak.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Read Along ini, dan menggunakannya dalam membantu anak-anak anda belajar membaca.


Komen ()