Carian
MediaTek Hadir Dengan Cip Dimensity 1000+ Dengan Sokongan Paparan 144Hz, 5G
May 8, 2020 Aman

MediaTek kini nampaknya mengikut kaedah Qualcomm dalam memperkenalkan kemaskini untuk cip pemprosesan mercu mereka. Selepas hadir dengan cip Dimensity 1000 sebelum ini, kini MediaTek turut telah melancarkan Dimensity 1000+.

Cip pemprosesan ini membawakan sedikit penambahan berbanding dengan Dimensity 1000 sebelum ini.

Dimensity 1000+ ini hadir dengan binaan berasaskan proses 7nm, dan menyertakan modem yang sama seperti versi sebelum ini. Tetapi, ia kini hadir dengan sokongan penjimatan tenaga ketika menggunakan mod 5G melalui apa yang dinamakan MediaTek 5G UltraSace.

Pada masa yang sama, cip pemprosesan baru ini hadir dengan sokongan kadar segar semula lebih tinggi, mencapai kadar 144Hz. Ini sekaligus menjadikannya antara cip pemprosesan menarik dalam arena permua.

Pada masa yang sama, ia turut menawarkan sokongan untuk HDR10_, selain kebolehan menjadikan kualiti gambar kepada 4K pada masa-nyata.

Buat masa ini, Vivo telah mengumumkan akan menawarkan telefon pintar baru menggunakan cip ini dibawah subjenama iQOO tidak lama lagi. Kita mungkin mendengar sokongan daripada pelbagai pengeluar lain dalam masa terdekat ini.

Komen