Spotify DIlaporkan Menguji Podcast Berbentuk Video

Spotify DIlaporkan Menguji Podcast Berbentuk Video

Diterbitkan pada Mei 8, 2020 oleh .

Spotify telah memulakan penawaran perkhidmatan beberapa tahun lepas dengan fokus terhadap lagu. Selain daripada penawaran lagu semata-mata, sedikit demi sedikit, kini Spotify turut memfokuskan kepada penawaran kandungan audio lain, termasuk podcast.

Terbaru, Spotify turut telah mula menguji penawaran podcast dalam bentuk video pada platform mereka.

Dengan langkah ini, ia sekaligus akan memberikan pilihan kepada pengguna, sama ada hanya mendengar sesuatu kandungan seperti biasa dengan skrin dipadamkan, atau turut memilih untuk menonton perbincangan dan melihat reaksi muka penyampai, dan sebagainya.

Buat masa ini, Spotify dilihat mendapatkan beberapa bintang YouTube untuk menguji ciri ini. Namun, semestinya perkara ini akan menjadikan persoalan sama ada pengguna akan lebih gemar mendengar podcast berbentuk video ini melalui Spotify ataupun melalui YouTube.



TIPS & ULASAN