Carian
Poco F2 Bakal Dilancarkan Pada 12 Mei 2020
May 8, 2020 Aman

Poco hari ini telah mengumumkan secara rasminya melalui media sosial mereka, yang mana Poco F2 bakal dilancarkan secara rasminya pada 12 Mei 2020, iaitu minggu hadapan.

Poco melalui video acah yang diterbitkan, memperlihatkan yang mana Poco F1 sebelum ini telah mencuri perhatian ramai, dan hadir dengan penawaran pelbagai ciri menarik pada harga kompetitif.

Poco F2 dijangka meneruskan tradisi berkenaan. Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi apakah kejutan yang bakal dibawakan. Memandangkan peranti ini telah pun melepasi pengesahan Sirim di Malaysia, mungkin kita boleh lihat ia dipasarkan seawal mungkin selepas pelancarannya kelak.

Komen