iPhone SE Boleh Didapati Melalui Laman Rasmi Apple Bermula 11 Mei – Harga Bermula RM1999

iPhone SE Boleh Didapati Melalui Laman Rasmi Apple Bermula 11 Mei – Harga Bermula RM1999

Diterbitkan pada Mei 8, 2020 oleh .

Apple hari ini mengumumkan yang mana telefon pintar terbaru mereka, iPhone SE akan ditawarkan untuk ditempah melalui laman rasmi Apple bermula daripada 11 Mei 2020. Selain tempahan melalui laman rasmi Apple, ia juga akan ditawarkan melalui pengedar rasmi Apple dan syarikat telekomunikasi terpilih bermula minggu hadapan.

iPhone SE

Apple iPhone SE merupakan telefon pintar terbaru daripada Apple, menawarkan cip pemprosesan berkuasa Apple A13 Bionic, tetapi hadir pada harga lebih mesra poket – bermula RM1999. Ini sekaligus menjadikannya salah satu iPhone yang mampu milik, dan akan menjadi pilihan ramai pengguna Android yang ingin beralih ke ekosistem Apple.

iPhone SE

iPhone SE hadir dengan skrin 4.7-inci Retina HD, dilengkapi pengimbas cap jari Touch ID, dijana cip Apple A13 Bionic, dan menggunakan satu kamera dibelakang. Ia turut hadir dengan sokongan kalis air IP67.

Tiga variasi model ditawarkan, dimana versi 64GB dijual pada harga RM1999, versi 128GB pada harga RM2199, dan model 256GB pada harga RM2699.



TIPS & ULASAN