Cari @ Amanz

Baru-baru ini, AMD telah mengumumkan bahawa CPU AMD Zen 3 ataupun AMD Ryzen 4000 mereka yang dibina menggunakan teknologi binaan 7nm+ akan dilancarkan tahun ini.

Sehubungan dengan itu, mereka turut memperkenalkan papan induk dengan cipset B550 yang dilaporkan akan membawa sokongan untuk sambungan PCIe 4.0 kepada siri papan induk mampu milik mereka.

Walaupun begitu, AMD turut mengumumkan bahawa sokongan untuk CPU tersebut hanya akan hadir melalui papan induk baru ini. Pelbagai laporan juga telah mengesahkan bahawa papan induk X570 dan B450 kebawah tidak akan menyokong CPU Zen 3, dan pengguna akan perlu menukar papan induk untuk menggunakannya.

Ini cukup menyedihkan kerana AMD sebelum ini akan menyokong papan induk dua generasi kebelakang sebelum perlu ditukar untuk sokongan ciri-ciri tambahan.

Menurut AMD, papan-papan induk AMD B550 akan mula memasuki pasaran antarabangsa bermula 16 Jun kelak pada harga bermula $100 (~RM430).

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd