Cari @ Amanz

Kita sudahpun melepasi pertengahan bulan Ramadhan. Walaupun Ramadhan dan perayaan kita kali ini sedikit berbeza daripada tahun tahun sebelumnya, namun kita masih perlu meraikannya dengan kesederhanaan dan biasakan diri dengan norma baru. Meskipun pergerakkan kita terhad sepanjang situasi pandemik ini dan aktiviti kunjung mengujung tidak digalakkan, kita masih tetap boleh berhubung dengan sanak saudara yang berjauhan secara maya.

Cara termudah untuk berhubung adalah melalui panggilan video menggunakan telefon pintar anda. Jadi, bagi anda yang sedang mencari telefon pintar baru untuk raya ini, Celcom menawarkan telefon pintar percuma kepada anda yang bernilai RM100,000 dan tiada wang pendahuluan untuk dapatkannya. Kempen ini dinamakan sebagai Celcom Mega Lightning.

Melaluinya, anda berpeluang untuk menikmati penawaran internet sehingga 100GB dan penstriman video beresolusi HD. Dengan penawaran ini, anda tidak akan mengalami sebarang masalah untuk membuat panggilan video bersama keluarga anda yang berjauhan.

Bukan sekadar itu sahaja, anda juga boleh habiskan data yang ditawarkan ini untuk menonton pelbagai tayangan video di atas talian dengan mudah tanpa sebarang isu lengah masa dan dapatkan tontonan yang lebih lancar dan mengasyikkan. Berita baik untuk anda, sekiranya data yang ditawarkan ini tidak habis digunakan, ia boleh ditebus kepada pulangan tunai iaitu RM5 untuk 10GB. Berbaloi bukan?

Antara telefon pintar yang ditawarkan secara percuma adalah iPhone 7 plus, Samsung Galaxy A51 dan Oppo A12, Huawei Nova 5T, Oppo Reno 2, vivo V19 dan banyak lagi. Bagaimana untuk dapatkan telefon telefon pintar ini secara percuma? Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu mendaftar pelan Celcom Mega Lightning ini yang mana didalamnya terdapat tiga pilihan pelan bergantung kepada keperluan dan komitmen bulanan yang anda inginkan. Harga langganan pelan ini bermula pada harga RM98 sehingga RM188 dan perbezaannya hanyalah pada kuota internet yang ditawarkan setiap bulan.

Selepas memilih pelan samaada pelan Celcom MEGA Lightning M, Celcom MEGA Lightning L atau Celcom MEGA Lightning XL, anda hanya perlu memilih telefon pintar yang anda inginkan dan akan menerima rebat sehingga RM50 dalam bil bulanan anda. Untuk mendapatkannya, anda hanya perlu memasukkan kod promo semasa pembelian dilakukan. Bayaran pendahuluan peranti bergantung kepada model telefon pintar yang anda pilih. Namun, anda tidak perlu risau kerana pihak Celcom akan mengembalikan jumlah bayaran pendahuluan ini melalui rebat selama 10 bulan.

Sebagai contoh, jika bayaran pendahuluan peranti adalah sebanyak RM300, anda akan menerima RM30 selama 10 bulan. Ini sebenarnya menjadikan anda tidak mengeluarkan sebarang kos untuk bayaran pendahuluan peranti kerana ia akan dikembalikan dalam bentuk rebat.

Sekiranya anda yang bukan pelanggan Celcom MEGA, anda boleh mula langgannya sekarang. Hal ini adalah kerana bagi setiap pendaftaran, tambah nilai, langganan pas internet, Walla atau pembayaran bil, anda berpeluang untuk memenangi barangan runcit selama setahun yang bernilai sehingga RM500,000 secara percuma.

Hadiah ini dikategorikan kepada dua kelas, iaitu golongan yang memenangi hadiah selama satu tahun dan juga secara mingguan. Bagi kategori satu tahun, ia dibuka kepada 20 orang pemenang yang mana mereka bakal menerima kredit dompet digital Boost selama satu tahun bernilai RM1,000 pada setiap bulan. Manakala bagi hadiah mingguan pula, ia dibuka kepada sehingga 2,600 pelanggan untuk memenangi RM100 kredit dompet digital Boost bagi pembelian barangan runcit.

Jadi, apa tunggu lagi? Langgan pelan Celcom MEGA Lighthing ini sekarang kerana ia berlangsung sehingga 31 Julai ini sahaja dan dapatkan pelbagai model telefon pintar secara percuma daripada Celcom. Melalui langganan ini, anda bukan sahaja dapat beraya dengan telefon pintar baru, malah anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah barangan runcit secara percuma sehingga setahun. Walaupun #RamadanKu masing-masing berjauhan, kita #RayaTetapBersama dengan kadar internet yang laju daripada Celcom.

Penafian: Advertorial daripada CelcomĀ 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd