Cari @ Amanz

Samsung Galaxy A71 Rangkul 83 Mata Dalam Ujian DxOMark Untuk Kamera Swafoto

Link Copied!

Samsung Galaxy A71 merupakan salah satu peranti daripada Samsung yang dilengkapi penawaran spesifikasi yang baik dan menarik. Ia dilengkapi persediaan empat kamera di belakang, dijana pemproses Snapdragon 730, paparan Super AMOLED 6.7 inci dengan resolusi FHD+ dan sebagainya. Tidak ketinggalan, peranti ini juga didatangkan dengan sokongan kamera swafoto yang menarik dengan gabungan lensa 32MP.

Baru-baru ini, DxOMark telah berkongsi markah bagi kamera hadapan peranti ini yang memperlihatkan ia berjaya merangkul skor sebanyak 83 mata. Ia menerima skor 83 mata untuk kemampuan fotografi dan 82 mata pula untuk kemampuan videografi.

Menurut laporan dikongsi, pujian diberikan kepada kemampuan penghasilan gambar dengan perincian yang cukup baik apabila gambar difokuskan dengan betuk, julat dinamik yang tinggi dan tahap hingar yang rendah. Kritikan pula diberikan kepada sistem imbangan putih yang tidak seimbang, penghasilan gambar penuh dengan hingar dan butiran sedikit lari pada pencahayaan rendah.


Komen ()