Carian
Canalys : Ini Adalah Lima Jenama Telefon Pintar Popular Di Malaysia Pada Suku Pertama 2020
May 8, 2020 Aman

Canalys merupakan salah satu badan yang membuat analisa berkaitan pegangan pasaran sesuatu jenama. Terbaru, daripada data yang dikongsikan salah satu pengeluar tempatan melalui Canalys, ia memperlihatkan lima jenama telefon pintar popular di Malaysia pada suku pertama 2020.

Daripada apa yang diperlihatkan, Samsung masih menerajui kedudukan tangga pertama untuk suku pertama 2020 yang lepas, dengan pegangan pasaran sebanyak 23%.

Canalys Q1 Malaysia 2020

Vivo pula membuat kejutan dan kini menduduki tangga kedua dengan 21% pegangan pasaran. Ia diikuti oleh Oppo pada tangga ketiga, Realme di tangga ke empat, dan Xiaomi ditangga kelima.

Mengikut info yang dikeluarkan, ia adalah berdasarkan kepada pengeluaran telefon pintar ke pasaran Malaysia pada suku tahun pertama 2020 yang lepas. Realme dilihat menerajui pasaran dengan peningkatan mendadak, sementara Huawei dilihat tidak tersenarai dalam lima jenama teratas ini.

Bagi anda sendiri, apa kata anda berkenaan laporan ini?

Komen