Cari @ Amanz

LG Velvet dilancarkan beberapa hari yang lalu dengan kejutan sokongan stylus Wacom. Tetapi ramai juga kecewa kerana stylus tidak disertakan kerana peranti tidak mempunyai tempat simpanan secara terbina. Jika ini adalah anda, jangan kecewa LG Stylo 6 kelak akan dilancarkan dengan stylus terbina.

Rekaan Stylo 6 telah ditiriskan oleh @evleaks hari ini dari pelbagai sudut. Selain stylus terbina peranti juga masih lagi hadir dengan bicu audio 3.5mm. Pada bahagian belakang terdapat sistem tri-kamera utama dan nampaknya Stylo 6 juga mempunyai butang khas untuk menyeru Google Assistant. Peranti mempunyai skrin bertakuk untuk kamera swafoto mungkin dari keluarga LCD kerana wujudnya pengimbas cap jari pada panel belakang.

Tiada maklumat mengenai spesifikasi peranti dan tarikh jualan diketahui pada waktu ini. Tahun lalu Stylo 5 dilancarkan dengan Snapdragon 665 dan mungkin kita boleh mengagak Stylo 6 akan menggunakan Snapdragon 765G seperti Velvet,

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd