Cari @ Amanz

Facebook Dijangka Memperkenalkan Antaramuka Desktop Baru Untuk Semua Dalam Minggu-Minggu Akan Datang

Oleh Aman

Link Copied!

Facebook sebelum ini telah memperlihatkan antaramuka baru desktop untuk perkhidmatan media sosial mereka pada 2018 yang lepas, dan telah mengujinya secara berperingkat sejak penghujung 2019 yang lepas.

Terkini, Facebook mengatakan mereka akan memperkenalkan antaramuka desktop baru ini kepada semua pengguna seluruh dunia dalam minggu-minggu akan datang.

Facebook Baru

Untuk makluman, sejumlah pengguna telah menikmati antaramuka baru ini sejak daripada awal tahun ini, dimana ia hadir dengan fokus terhadap Facebook Groups, rekaan yang lebih kemas, selain menyertakan sokongan tema gelap bersama dengannya.

Bagi anda yang menggunakan panel paparan bersaiz besar, antaramuka baru ini mungkin janggal untuk peringkat permulaan memandangkan ia menawarkan ruangan kosong yang agak besar berbanding sebelum ini.

Facebook juga memfokuskan kepada ciri Facebook Gaming, Facebook Marketplace dan juga Facebook Watch melalui antaramuka baru ini.

Antaramuka baru ini dikatakan berfungsi dengan lebih pantas dan menawarkan pengalaman lebih baik kepada pengguna berbanding sebelum ini.

Bagi anda yang telah menerima antaramuka baru ini, apa pendapat anda berkaitan dengannya? Adakah anda menyukainya?


Komen ()